top of page

Sedikit Tetapi Sangat Berharga


Shalom semua, puji Tuhan atas kesempatan ini saya dapat berkongsi kesaksian saya sepanjang mengikuti OAMT 2023.


Sepanjang OAMT 2023, banyak perkara yang telah saya pelajari seperti menjadi seorang yang fleksibel dalam pelayanan. Hal ini kerana kita hanya mampu merancang tetapi Tuhan yang menentukan. Banyak kemungkinan yang akan berlaku tidak sesuai dengan rancangan kita. Jadi, kita perlu bersiap sedia dengan apa jua keadaan. Semasa trip misi di kampung kami melayani, kami perlu fleksibel dengan keadaan dan masa di sana kerana kebanyakan perancangan yang kami buat tidak sesuai dengan keadaan dan masa. Syukur kami sentiasa ada plan-plan yang lain sehinggakan menu makanan pun fleksibel. Saya juga sangat bersyukur sebab mempunyai team yang supporting terutamanya senior. Mereka banyak bagi kata-kata dorongan apabila saya dan kawan-kawan berasa tidak yakin. Pada Pra-MT, saya dan team sudah mempunyai visi masing-masing sebelum bergerak ke kampung yang akan kami pergi. Visi yang saya pegang ialah saya ingin tetap bertumbuh dan mendorong rakan-rakan saya keluar dari zon selesa mereka. Saya gembira setelah selesai trip misi saya melihat rakan-rakan saya banyak bertumbuh sepanjang OAMT walaupun baru pertama kali menyertai trip misi. Saya dapat melihat mereka mengalami penerobosan sama seperti apa yang saya lalui semasa Next Gen.


Jika dilihat dari jumlah penduduk kampung, penduduk di tempat kami tidak ramai seperti di kampung-kampung yang lain. Namun itu tidak menjatuhkan semangat saya untuk melayani disana. Hal ini kerana walaupun hanya sedikit jiwa yang dapat diselamatkan, itu sudah sangat berharga dimata Tuhan. Bahkan seluruh malaikat di Syurga akan bersorak-sorai walaupun hanya satu jiwa dapat diselamatkan. Begitu juga dengan pengalaman yang saya lalui sepanjang OAMT ini. Walaupun tidak ramai penduduk yang dapat kami jangkau dan layani seperti di kampung-kampung yang lain, saya sangat bersyukur dan berpuas hati dengan diri dan team. Saya pun tidak mahu membandingkan perkara itu dengan yang lain kerana satu jiwa sudah sangat berharga. Jadi, untuk trip misi yang seterusnya saya harap kita sentiasa bersyukur dan tetap bersemangat menjangkau sesiapa sahaja walaupun bilangannya sedikit kerana sedikit tetapi sangat berharga.


Akhir sekali, dalam setiap pergumulan yang kita alami, Tuhan akan menyertai kita dan menguatkan kita. Begitu juga dengan diri saya sendiri yang sering tidak mempunyai keyakinan diri dan selalu menganggap diri ini lemah dan tidak pandai. Namun saya sedar bahawa perasaan yang saya rasakan itu akan membuat saya selalu mengandalkan Tuhan kerana bersama Tuhan saya dapat melakukannya. Jadi apa yang ingin saya katakan ialah walaupun kita merasakan kita banyak kekurangan atau tidak pandai itu dan ini, dan sebagainya, saya yakin Tuhan akan pakai itu semua untuk membentuk karakter kita kerana setiap perkara kecil ialah satu proses yang akan membuat kita semakin bertumbuh dalam Kristus. Dan setiap proses itu juga akan mematangkan kita dalam pelayanan. Saya harap perkongsian ini dapat memberkati kamu semua.


Tuhan memberkati semua.


Recent Posts

See All

Commentaires


bottom of page