top of page

SEGALA SESUATU DAPAT KULAKUKAN DI DALAM DIA YANG MENGUATKAN AKU



Shalom. Saya mulakan dengan rasa bersyukur kepada Tuhan Yesus Kristus kerana apa yang saya rasakan sebelum mulanya program ini, hati saya sudah tergerak untuk kata "Ya". Roh Kudus memenuhi hati saya yang penuh kerinduan untuk melayani remaja, kerana pada saya, saya juga pernah mengalami bagaimana pergolakan emosi diri saya dulu semasa remaja. Untuk melalui fasa itu, sangatlah mencabar! Apa lagi hati yang belum mengenal Yesus. Maka itu, sesuai rancangan Tuhan menerusi program ini, saya boleh membantu remaja di sekolah yang dilayani. Seiring dengan visi dan misi program ini, saya merasa cabaran juga ada, tetapi Puji Tuhan saya sendiri melihat bagaimana pekerjaan Tuhan dari awal sampai akhir.

Sebenarnya, persiapan diri dan keperluan saya juga merupakan salah satu pergumulan yang saya fikirkan tetapi saya sangat bersyukur dengan kebaikan Tuhan sepanjang proses itu. Pelayanan sebagai ATL, saya tahu agak kurang pengalaman saya untuk itu kerana 'baru pertama kali' mengikuti trip misi akan tetapi, saya percaya Tuhan memakai saya untuk belajar sesuatu. Sepanjang program di sekolah yang kami layani, hati saya sudah siap untuk hal-hal yang akan terjadi di luar ekspektasi saya. Meskipun begitu, saya dapat melihat team kami penuh dengan kerendahan hati, sukacita, sabar dan paling penting menerima pendapat dan nasihat antara satu sama lain. Saya juga bersyukur kerana dapat melihat para remaja yang haus dengan jamahan Tuhan dan keperluan untuk memperbaiki diri. Saya juga percaya, sesuatu sudah ditanam dalam hati mereka. Saya dapat katakan, team kami memang tepat diutus ke sana dan sukacita dan kasih yang kami rasakan masih terasa sampai sekarang! Puji Tuhan 2 minggu itu, saya melalui satu penerobosan yang luar biasa! God is Good all the Time!

Recent Posts

See All
bottom of page