top of page

SYUKUR!



Shalom semua ! Nama saya Sahwanti Dulamit berasal dari Beluran, Sabah. Terlebih dahulu saya ingin mengucap syukur untuk penyertaan dan kebaikan Tuhan sepanjang trip misi kami pada Mac 2023 lalu. Saya juga bersyukur kepada setiap peribadi yang terlibat dalam trip misi ini secara langsung dan tidak langsung. Trip misi pertama saya ini sangat memberkati saya ! Syukur !


Saya sangat bersyukur kerana mendapat peluang untuk melayani pada peringkat “next level” daripada pelayanan saya sebelum ini dimana saya keluar daripada zon selesa saya dan melayani bersama rakan yang lain dalam OAMT 2023 di Pahang. Sepanjang trip misi ini saya dapat merasakan penyertaan Tuhan dalam setiap aktiviti yang kami jalankan. Trip misi ini juga mengajar saya untuk merendahkan hati dalam apa saja yang saya lakukan. Oleh kerana ini trip misi pertama saya, maka saya mempunyai banyak kegusaran tentang apa yang akan kami hadapi sepanjang trip misi. Tapi, selepas itu saya sedar bahawa Tuhan tidak memandang kekurangan kita maka hanya lakukan yang terbaik, percaya dan serahkan semua kepada Tuhan lalu semuanya akan baik-baik saja.


Saya sangat terharu melihat kesungguhan jemaat disana untuk mencari kebenaran dan merasakan kasih Tuhan itu sendiri. Trip misi ini juga mengubat kerinduan saya dalam pelayanan kanak-kanak. Lewat trip misi ini, hampir setiap hari kami mengadakan aktiviti bersama kanak-kanak dan dari mereka juga saya mendengar kesaksian tentang bagaimana Tuhan memakai anak kecil dalam mengkhabarkan kasih Yesus. Seorang ibu bercerita bahawa dia mendengar tentang Yesus daripada anaknya yang sering datang ke persekutuan dan kebaktian orang Kristian. Selepas balik dari persekutuan, anaknya akan bercerita kepada ibunya tentang apa yang dipelajari tentang Yesus pada hari itu lalu ibu ini pun tergerak hati untuk datang ke persekutuan untuk belajar dan mengenali siapa Tuhan Yesus itu sendiri. Syukur sekarang hampir semua dalam keluarga mereka sudah menerima Yesus secara peribadi. Ibu ini juga bercerita bagaimana dia mengalami kasih Tuhan. Dari sini kita dapat melihat bahawa Tuhan boleh memakai kita tidak kira betapa muda atau kecilnya diri kita. Apabila Tuhan sudah bekerja percayalah bahawa sentiasa ada jalan untuk kita semua.


Akhir sekali, mari kita doakan semua orang yang sudah dimenangkan dalam OAMT 2023 ini agar mereka tetap teguh di dalam Tuhan. Pengalaman menyertai trip misi ini merupakan kenangan yang sangat berharga. Terima kasih, Tuhan memberkati kita semua ! Emanuel !


Recent Posts

See All

Comments


bottom of page