top of page

Terima Kasih Tuhan!


Shalom, saya sangat bersyukur kepada Tuhan kerana saya diberi kesempatan untuk menyertai Next Gen 2022. Bagi saya, ia merupakan peluang yang sangat istimewa dan ia juga menambah keimanan dalam diri saya. Dari permulaaan pelbagai cabaran dan dugaan yang perlu diharungi misalnya dari segi kewangaan, masa dan lain-lain lagi.


Jagalah hatimu dengan segala kewaspadaan, karena dari situlah terpancar kehidupan-Amsal 4:23


Jadi saya berdoa kepada Tuhan agar saya diberikan kesediaan hati untuk menyertai Next Gen 2022 jika Engkau memang mahu saya pergi. Tuhan memang tidak akan mensia-siakan kita kalau hati kita bersedia untuk Dia dan Dia memang akan mengaturkan segala perjalanan. Saya sangat bersyukur kerana Tuhan mengasihi saya dan Tuhan menolong saya menyelesaikan masalah yang saya khuatiri. Saya juga ingin berterima kasih kepada pastor gereja saya dan lain-lain yang menyokong kumpulan kami dari segi kewangan dan doa.


Melalui Next Gen 2022 ini, Tuhan mengingatkan saya untuk mengasihi antara satu sama lain. Sepanjang Next Gen ini, saya nampak kasih yang melimpah mengalir dalam semua orang yang terlibat. Saya juga sangat merindukan waktu kita dapat berdoa bersama-sama dan menyembah Tuhan. Dalam Next Gen ini juga, saya dapat banyak ilmu tentang keperibadian dan cara untuk mengasihi orang yang belum kenal Tuhan.


Gambar crew bersama dengan jemaat


Saya sangat bersyukur kerana saya menjadi lebih mengenali diri saya dan saya juga kagum dengan kuasa Tuhan iaitu, bagaimana Dia dapat meletakkan kita yang sangat berbeza dalam kesatuan. Dengan ini saya juga ingin menyelitkan satu ayat firman Tuhan iaitu:


Kamu semua adalah tubuh Kristus dan kamu masing-masing adalah anggotanya.-1 Korintus 12:27


Memori yang sangat indah dan luar biasa akan saya semat dalam hati dan ia akan menjadi satu dorongan dalam pelayanan saya. Tuhan memberkati.


-Angela-


Recent Posts

See All

Comments


bottom of page