top of page

TERIMA KASIH TUHAN



Shalom, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan rasa Syukur dan terima kasih kepada Tuhan kerana telah melayakkan saya untuk menyertai Next Gen Projek 2023. Saya sangat gembira dan berpuas hati atas 2 minggu yang telah saya luangkan untuk projek ini, saya juga merasakan bahawa 2 minggu tersebut merupakan antara 2 minggu yang paling berharga buat saya. Jujur pada awalnya banyak sekali pergumulan-pergumulan peribadi yang harus saya pertimbangkan sebelum menyertai Next Gen ini seperti dana, masa dan sebagainya, namun dengan kuasa dan kasih Tuhan, Dia telah mencukupkan semuanya buat saya dan memberikan saya peluang untuk menyertai Next Gen ini, dan ya, hari ini saya akan memberikan kesaksian yang telah saya dapat sepanjang 2 minggu tersebut.

Jujur ini merupakan kali pertama saya melakukan pelayanan yang sangat besar seperti Next Gen, saya telah mengikuti mission trip beberapa kali di Sarawak dan juga orang asli, namun dengan jujur saya katakan, Next Gen ini sangat berbeza dari mission trip yang telah saya sertai sebelum ini, banyak sekali cabaran cabaran baru dan pengajaran pengajaran yang saya dapat sepanjang menyertai next gen ini kerana ianya merupakan pelayanan yang melibatkan banyak sekali anak Tuhan yang sangat memerlukan Kerjasama dan keharmonian dalam kumpulan untuk menjalankan sesuatu misi, dari Pra Next Gen lagi, banyak benda yang saya belajar seperti cara penginjilan, Vision Casting dan sebagainya, ilmu ini bukanlah bersifat Ilmu yang sekali guna namun ia dapat juga digunakan bila-bila masa dan di mana-mana kita berada dan saya sangat gembira kerana dapat mempelajari benda benda baru yang mungkin saya tidak akan dapat sekiranya saya tidak join trip misi ini.

Untuk Next Gen kali ini, Saya dibahagikan kepada kumpulan di sekolah S, Dan terdiri daripada 10 orang awalnya, namun seorang tidak dapat mengikuti kerana masalah peribadi maka kami terpaksa membahagikan tanggungjawab kepada 9 orang sahaja dan sebenarnya, tidak cukup kerana ada di antara kami yang terpaksa melakukan 2 atau 3 pelayanan dalam sehari, namun seperti yang kita tahu, Tuhan sentiasa menyertai kita dan walaupun kami penat secara fizikal, penat kami itu berbentuk penat yang berbaloi kerana kami semua merasa sangat puas dalam pelayanan kami. Banyak benda yang saya belajar secara peribadi seperti cara pelayanan saya, percakapan, cara bersosial dan sebagainya, ini merupakan pengalaman pertama saya berdepan dengan pelajar sekolah, jadi sangat susah dan sukar untuk saya menyesuaikan diri pada awalnya kerana saya tidak boleh bersosial dengan mereka, namun dengan kuasa Tuhan, saya berjaya menjalankan tanggungjawab yang telah Tuhan amanahkan kepada saya, memang banyak benda yang saya harus perbaiki, dan dari situ saya belajar kekurangan saya dan titik kelemahan saya ketika dalam pelayanan. Saya sangat berbesar hati kerana bukan sahaja dapat memperbaiki diri namun pada masa yang sama belajar dari pengalaman ini.

Banyak breakthrough peribadi yang telah saya alami sepanjang mission trip ini, dari segi Rohani dan juga pemikiran, saya lebih belajar mengandalkan Tuhan dan bersandar sepenuhnya kepada Dia dalam setiap apa yang saya lakukan termasuk dalam pelayanan, saya sangat berpuas hati kerana saya berjaya bukan sahaja melaksanakan amanat agung tapi berjaya untuk mengubah diri saya juga kepada peribadi yang lebih mengandalkan Tuhan, Syukur puji Tuhan, ahli-ahli dalam kumpula saya banyak membantu dari segi hati, emosi dan sokongan peribadi mereka kepada saya sepanjang NG ini, saya sangat diberkati dan rasa sangat dihargai, Terima Kasih Tuhan untuk peluang kali ini, All Praise and Glory to God, satu kalimat yang selalu saya ingat ialah, God is most glorified in us, when we are most satisfied in Him.

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page