top of page

'The Calling'



Aduhai, sebenarnyakan kawan’ sulit untuk ku memulakan penulisan ini! Type sikit ja padam, banyak betul di minda dan di hati yang ingin dikongsikan tapi yang mana satu? Hah,persis seperti awal-awal panggilan saya sebelum saya sepenuhnya say Yes (setelah saya menolak segala temptation dunia) to join MT kali ini!Dan yang luar daripada kebiasaannya pula adalah memerangkap sebagai Assistant Team Leader kepada Leader saya yang fuhhh luar biasa orang ini(pernah berasumsi yang kami dua ada potensi untuk berperang, bergaduh & bergusti heheh). Beserta dengan 15ahli tentera dalam Kristus (Family OAMT lurvee💕) yang turut luar biasa juga hebatnya dari aspek personaliti dan perspektif serta tenaga yangundeniable; difference, neutral but genuinely(malam devosi pertama pun sudah ada konflik tapi itulah yang menjadi punca api kemesraan & saling mengasihi sesama kami hehe introduction kann) plus,! perlu cover di beberapa buah kampung dengan bilangan ahli keluarga yang melebihi jumlah keluarga sepelayanan saya! Belum lagi tu saya sentuh hal-hal yang diluar jangkaan saya serta setiap pergumulan dan perspektif masing-masing kami, juga mereka. Pengenalan ini saja pun sudah cukup menarik tetapi berat untuk saya kongsikan(perlu kreatif dan berwaspada kann). Apapun saya percaya, seturut kehendak Bapa yang diatas; bahkan ini sudah dalam perancangan dan pilihan pihak atasan sendiri serta Leader saya sendiri genk yang pilih ini tempat genk!


Syukur, kami saling melengkapi(ayat mereka) dan memerlukan antara satu sama lain dalam Kristus. Cukup luar biasa bukan?! Welcome to OAMission Trip, The Amazing Race, vroom vroom! The Race Starts Now! ‘Team Sylvester’. Salah satu kesaksian saya, adalah mengenai kenderaan kami(untuk tujuan pelayanan dan kenderaanuntuk bertolak esok pagi), dikatakan rosak dan kami berdoa serta mengimani pekerjaan Tuhan. Tambahan pula, banyak lebihan bekalan dari team lain kerana faktor muatan kenderaan mereka jadi, Leader saya dan saya sendiri dengan iman angkut semua lebihan itu, kepastian mengenai kondisi dan bilangan kenderaan waktu bertolak ke kawasan pelayanan esok pagi menjadi pergumulan dan bahan doa kami malam itu. Keesokan harinya puji Tuhan! Van dalam keadaan baik sehinggalah pada hari terakhir(pemulangan van) dan lebih daripada 3 buah 4by4 (Hilux) yang datang untuk mengangkut barangan, alatan serta anak-anak Tuhan yang siap untuk diutus ini. Seterusnya, hari pertama waktu petang; hujan turun lebat sekali dan syukur kami sempat menyelesaikan Jerikho Walk, saya ambil maklum bahawa kampung selalu hujan waktu petang dan depan mereka sendiri, saya dimaklumkan bahawa cuaca lembab dan mendung waktu petang, ahyoyo~ sedangkan menurut tentatif kami jam-jam macam ini adalah waktu kami berinteraksi bersama mereka seperti play time dan sebagainya.

Oh, sejak hari tu! Tuhan menyatakan kuasa dan kasihNya dimana kami sendiri menyaksikan bahwa semua aktiviti (tentatif) berdasarkan jadual penuh kami berlangsung dengan jayanya without any tentative cancellations malahan ada pula suggestion activities yang membuatkan kami harus split juga lerh tapi dengan penyertaan tangan Tuhan, dapatlah cover semua tempat pelayanan. Tapi pernah hujan dan panas jugalah tetapi itu langsung tidak mematahkan semangat, pengharapan dan iman kami! Bakalan MT kami tiada yang tersisa dan tiada yang disia-siakan syukur sangat Roh Allah turut bekerja dan memampukan! Satu kali, di mana aktiviti santai saja kami ingin lakukan tetapi hari itulah menjadi hari pertama 4SL kami; bersaksi dan mendengarkan kesaksian mereka, sungguh di luar planning tetapi ini menjadikan kami fleksibel & harus; mempersiapkan tubuh, jiwa, roh dan mentaliti di kemudian hari, justeru memperlihatkan kami bahawa apapun yang terjadi Roh Allah tetap beserta meskipun ada penolakan. Ada pula kejadian di mana kami datang untuk memberkati tetapi sebaliknya kami pula yang diberkati lewat perkongsian kisah hidup mereka, cara pikir/perspektif, pergumulan bahkan hati dan iman mereka secara pribadi.


Banyak hal yang telah menjangkau hati, pikiran dan iman saya secara langsung(Amsal 27:17). Roh Allah turut memelihara keselamatan setiap kami kerana Roh yang ada dalam kami lebih besar dibandingkan dengan roh yang kami hadapi secara nyata. Kemudian, roh itu dikalahkan dan pribadi yang menerima Anugerah Kasih Kristus dimenangkan. Firman Tuhan sendiri yang deklarasikan; sebab Roh yang ada dalam kami lebih besar daripada roh yang ada di dunia dan iman kami menyelamatkan setiap jiwa-jiwa yang haus akan kebenaran dan kasih karunia yang sungguh ini tetapi hanya melalui Kristus sahaja.

Tidak lupa juga buat 14 pribadi, utusan Tuhan yang terpilih ini juga mereka yang menjaga dan memantau kami. 14 pribadi inilah yang menjadi sahabat saya, adik-beradik saya yang kekasih, penolong dan pelengkap antara satu sama lain dan saling menguatkan sesama. Jujur, saya merindui dan menghormati serta mahu berterima kasih setiap daripada mereka. Saya mengagumi pribadimu sahabat/family; FILIPI 1:3-11ucapan syukur dan doa khas buat kamuorang & tQ Team Leader! Disini saya ingin kongsikan; KASIH dapat menutupi banyak sekali dosa, kebencian menimbulkan pertengkaran, tetapi kasih menutupi segala pelanggaran (Amsal 10:12) Find your calling before… Sampai hari ini terus mencari jawapan dan saya ditegaskan untuk carilah dahulu kerajaan Allah maka semuanya itu… biar Tuhan yang bertanggungjawab atas hidup ini. Wow, thank you Father! Blessed!


~joce❤

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page