top of page

TIADA KEBETULAN DI DALAM HIDUP SAYA BERSAMA TUHAN



Terlebih dahulu, saya berasa bangga dan bahagia sekali semasa mengikuti program NEXTGEN: AWAKENING pada tahun ini. Saya juga mengucapkan syukur atas kemuliaan Tuhan dimana saya diberi kesempatan untuk melayani anak-anak di SMK L. Dengan program ini, bukan sahaja untuk membimbingan anak-anak di sekolah tetapi juga banyak membantu diri saya sendiri iaitu bertumbuh dalam iman. Apa yang ingin saya kongsikan dalam ini bahawa, banyak hal yang mengubah diri saya sepanjang program ini berjalan. Antaranya, saya seorang yang pemalu jika disuruh bercakap di depan orang ramai, tetapi dengan bimbingan rakan-rakan saya, ketakutan itu mulai pudar dan saya berhasil mengatasi ketakutan itu. Malah, saya lancar menyampaikan tajuk UBK yang telah saya sediakan.

Selain itu, saya banyak belajar daripada rakan-rakan bagaimana cara untuk keluar daripada masalah yang begitu besar jikalau menimpa. Semasa 2 minggu itu kami sekumpulan bersama, saya merasa ada kasih yang melimpah di dalam diri saya. Saya amat bersyukur kerana dapat satu kumpulan dengan mereka kerana banyak mendidik saya menjadi lebih yakin lagi. Saya berharap saya dapat menyertai program ini kedepannya untuk membentuk diri saya, dan juga untuk kemuliaan Tuhan.

Recent Posts

See All
bottom of page