top of page

Tidak Berjalan Sendiri...


Shalom semua!


Syukur Puji Tuhan, saya dapat melewati dan mengalami dua minggu yang sangat luar biasa dengan penyertaan saudara seiman dan yang pasti penyertaan Tuhan. Jadi, pada kesempatan ini saya akan bercerita tentang bagaimana Tuhan beserta dan sokongan kawan-kawan yang menyebabkan saya Tidak Berjalan Sendiri sepanjang pelayanan dalam OAMT.


Saya menyahut panggilan Tuhan untuk menyertai OAMT disebabkan oleh kesaksian rakan saya sendiri iaitu Shae dan senior yang lain. Dalam hati saya kata, “Saya mahu mengalami benda yang sama seperti mereka, iaitu penerobosan sama ada dalam pelayanan mahupun secara peribadi”. OAMT ini merupakan trip misi saya yang pertama kali. Secara jujurnya, sebagai first timer banyak benda saya fikir dan banyak pergumulan yang saya alami. “Bolehkah saya alami benda yang sama? Bolehkah saya melayani sebab saya tiada talenta dalam diri? Bolehkah saya menginjil mereka? Orang kampung disitu nanti fahamkah apa yang saya cuba sampaikan? Bolehkah saya jangkau jiwa mereka? Adakah saya akan menjadi beban dalam team?” Selepas melihat gambar dari site visit tempat itu, saya overthink lagi, Bolehkah saya survive dekat kampung itu selama seminggu?” Setiap kali semasa doa dan puasa, saya minta teammate untuk doakan pergumulan saya juga.


Hallelujah, Tuhan sangat baik dan tidak pernah biarkan saya berjalan sendiri. Dalam Matius 28:20, “Aku menyertai kamu senantiasa sampai akhir zaman”. Tuhan punya rencana dan jalan di setiap pergumulan yang saya alami. Satu demi satu jawapan di setiap doa Tuhan jawab. Masa pertama kali saya memberitakan injil, sejujurnya segala perasaan takut, gementar semua ada. Tapi saya tetap memberanikan diri juga dan berjaya berkongsi khabar baik dengan ibu itu. Salah satu pergumulan terbesar yang saya alami adalah sama ada saya mampu menjangkau jiwa mereka atau tidak akhirnya terjawab. Mendengar respon “Terima Yesus” dari ibu itu, buat satu beban dalam hati saya selama ni terlepas. Satu kemenangan dalam diri saya sebab dapat overcome ketakutan dan yang pasti kemenangan untuk kerajaan syurga sebab satu jiwa berjaya dimenangkan.


Salah satu hal yang paling saya syukuri adalah dikurniakan ahli kumpulan yang banyak membantu saya dalam segala hal. Mereka adalah salah satu jawapan kepada doa saya. Dalam proses penginjilan, mereka banyak meneguhkan setiap perkara yang saya sampaikan. Senior-senior selalu memberi kata semangat untuk saya dan rakan yang lain. Semasa saya diamanahkan untuk uruskan kewangan kumpulan, mereka tidak biarkan saya urus seorang diri. Disebabkan saya pegang jumlah duit yang banyak, mereka jadi bodyguard sejati saya dan selalu tanya “Resit adakah? Duit cukupkah?” Team leader pun selalu tolong check kewangan semasa dan rancang pembelian yang seterusnya. Syukur dengan bantuan mereka dan saya yakin Tuhan beserta dalam urusan kewangan kumpulan menyebabkan semuanya lancar tanpa berlaku sebarang ralat.


Banyak perkara yang saya belajar daripada trip misi kali ini. Antaranya ialah, selalu percaya bahawa Tuhan akan menyertai kita dan ya... Tuhan selalu beserta dan tidak biarkan saya dan team berjalan sendiri dalam apa pun yang kami lakukan. Saya juga belajar untuk selalu bersyukur dan hidup sederhana. Walaupun orang di kampung itu serba kekurangan, tapi mereka hidup bahagia sesama mereka. Dari mereka saya belajar, di sebalik kekurangan yang ada, mereka sentiasa dicukupkan dan hidup dengan baik. Saya juga belajar untuk lebih yakin dalam setiap pelayanan sebab Tuhan tidak melihat seberapa besar dan kecil pelayanan seseorang, tapi Dia lihat kerendahan dan ketulusan hati semasa melayani. Walau apa pun pelayanan itu, tujuannya hanya satu iaitu untuk memuliakan nama Tuhan.


Walaupun di tempat kami pergi itu tidak diterangi lampu secara fizikal, namun saya yakin & percaya kami dapat menjadi terang kepada mereka secara rohani. Terima kasih team sekalian atas tunjuk ajar dan sokongan sepanjang pelayanan saya.

Saya berharap agar kesaksian saya ini boleh menjadi berkat juga kepada semua yang membaca. Thank you & God Bless!

Recent Posts

See All

Kommentarer


bottom of page