top of page

TO BE AWAKENED



Shalom semua!

Saya ingin mengucap syukur kepada Tuhan atas kasih dan berkat-Nya sehingga saya diberi peluang untuk berkongsi kesaksian pada hari ini. Setinggi penghargaan juga saya ucapkan kepada semua yang telah menjadikan pengalaman yang tak terlupakan ini menjadi kenyataan, khususnya kepada ’core team’ yang tekun, ahli team yang tidak kenal lelah dan saling mendorong, mentor yang memberi inspirasi, serta setiap peserta yang telah menyertai. Oleh itu dengan hati yang penuh rasa sukacita dan semangat yang diperbaharui, saya ingin mengongsikan sebuah pengalaman yang luar biasa ketika kami menyertai Next Gen Awakening baru-baru ini.

Next Gen Awakening telah menyediakan satu pengalaman yang membawa transformasi, di mana kami sebagai krew diberi kesempatan merangkul iman dan membawa perpaduan serta perkembangan melalui pelayanan bersama generasi muda. Walaupun ini adalah pertama kali saya menyertai Next Gen dan menjadi seorang ’Team Leader’, namun syukur puji Tuhan rasa sangat diberkati dalam pelayanan kali ini. Melalui perbincangan yang penuh semangat, perkongsian yang memberi inspirasi, dan saat-saat bersama untuk merenung, kami telah memupuk hubungan yang lebih kukuh sesama ahli team dan juga bersama anak-anak muda yang kami layani. Cabaran yang saya hadapi di sini telah memperkukuh daya kepimpinan saya, justeru mengingatkan saya bahawa dengan iman, keyakinan yang teguh serta komuniti yang saling mendorong, saya dapat menakluki sebarang rintangan.

Pada akhirnya, Next Gen Awakening bukan hanya sekadar ’fellowship & games’; ia adalah pencetus inspirasi, dan platform saya untuk mengongsikan kasih dan berkat Tuhan kepada generasi muda. Saya percaya mereka sangat haus akan kasih Tuhan dan harus dibangkitkan. Oleh itu, saya akan membawa pelajaran dan kenangan dari pengalaman ini untuk terus berusaha berkongsi kasih dan kebaikan-Nya. Sekali lagi, saya sangat bersyukur dengan penyertaan Tuhan dan semua pihak yang terlibat menjadikan perjalanan ini sesuatu yang indah buat semua. Semoga kita terus menyebarkan cahaya dan kasih yang kita temui sepanjang pelayanan ini.

Jumpa lagi pada Next Gen yang akan datang!

Roma 13:11

-Sheriman M.

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page