top of page

TO GOD BE THE GLORY



Shalom! Pada kesempatan ini saya ingin berkongsi akan kasih Tuhan yang saya alami sepanjang NextGen 2023.


Saya menyahut panggilan Tuhan untuk menyertai trip misi ini kerana saya melihat pekerjaan Tuhan yang luar biasa dalam kehidupan saya di mana Tuhan menyatakan kasihNya kepada saya. Oleh itu, saya juga mahu dipakai Tuhan untuk menjadi saluran berkat kepada orang lain. Sepanjang NextGen ini, banyak perkara yang telah saya peroleh termasuklah saya diperlengkapi dengan Firman Tuhan yang menjadi dasar yang teguh kepada saya secara peribadi untuk menyahut Amanat Agung untuk menjangkau jiwa-jiwa khususnya remaja.


Selain itu, saya juga dapat melihat keperluan rohani dalam kalangan anak muda dengan lebih dalam. Dalam salah satu sesi di mana kami dapat bertanya secara langsung kepada remaja, saya dapat mengenali peribadi mereka dengan lebih dekat kerana keterbukaan hati mereka untuk menceritakan sedikit sebanyak perjalanan hidup mereka dari segi rohani mahupun duniawi. Pemberitaan Khabar Baik kepada mereka telah membawa sukacita dan harapan baharu kepada mereka dan puji Tuhan mereka juga merasakan kasih Tuhan.


Pengalaman lain yang tidak diupakan dalam NextGen ini ialah penyertaan Tuhan dalam setiap tindakan saya serta rakan-rakan yang lain. Kami beroleh hikmat kemampuan untuk menjangkau jiwa-jiwa yang belum mengenal Tuhan. Tuhan telah membuka hati setiap peribadi yang diinjil untuk menerimaNya sebagai Juruselamat mereka. Akhir sekali, Tuhan telah banyak membentuk saya meskipun di saat saya merasakan keterbatasan. Kerendahan hati dan penyerahan penuh kepada Tuhan akan menuntun kita kepada sebuah penerobosan yang luar biasa untuk kemuliaan Tuhan.

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page