top of page

TUHAN MAHA PENGATUR



Shallom. Salam Damai Dalam Kasih Tuhan Yesus Kristus.


Pertama kalinya saya mahu mengucap syukur kepada Tuhan kerana saya diberi kesempatan untuk melibatkan diri dan berpeluang untuk menyertai NextGen ini. Secara jujurnya, ini kali pertama saya menyertai NextGen ini walaupun seringkali saya mengikuti Mission Trip di daerah Sabah. Tetapi kali ini saya sangat merasakan perubahan yang luar biasa dalam diri saya kerana saya bertanggungjawab untuk melayani remaja di sekolah. Bagi saya banyak cabaran kerana saya perlu menyampaikan berita baik kepada remaja kerana kebanyakkan remaja mempunyai pelbagai personaliti yang mungkin mengundang banyak persepsi dalam diri mereka ketika kami datang melayani mereka. Tetapi puji Tuhan, pra NextGen banyak membantu saya untuk bertumbuh dan lebih bersedia untuk menyampaikan injil Tuhan dan memberitakan berita baik ini kepada mereka.


Pada mulanya, sesampainya kami di tempat kami melayani, saya sangat takut dan tidak yakin dengan team member saya walaupun kami telah menyediakan dan berbincang mengenai aktiviti yang akan kami lakukan sepanjang kami di tempat kami melayani. Namun penyertaan Tuhan sangat luar biasa bagi saya kerana saya mempunyai team member yang sangat cekap dan pantas memikirkan aktiviti walaupun kami dalam keadaan yang nervous. Saya sangat mengucap syukur atas segala peluang saya menyampaikan topik unit bimbingan kaunseling pada hari kedua yang bertajuk "How To Cope Family Matter” kerana bagi saya ceramah ini sangat penting kepada remaja di sana apabila saya mendapati guru-guru di sana memberitahu bahawa mereka mengalami masalah keluarga yang mungkin mengganggu pelajaran dan emosi.

Saya turut belajar mengenai apa yang saya sampaikan supaya saya lebih mendalami dan dapat menyampaikan dengan lebih jelas kepada mereka. Bukan itu sahaja, saya rasa lebih diberkati apabila tiba untuk membuat ISCF dengan pelajar sana dan saya menyampaikan Firman Tuhan. Tajuk utama yang saya sampaikan adalah “orang Kristian percaya yang bertumbuh vs orang Kristian percaya yang tidak bertumbuh”. Dari situ saya mendapati mereka sangat rindu untuk mendengar firman Tuhan dan saya sangat terharu dengan kepribadian mereka yang bersedia untuk ingin melihat perubahan dalam sekolah mereka terutamanya dalam ISCF. Saya turut belajar bagaimana saya sangat terharu melihat kesanggupan mereka mendengar firman Tuhan dan menangis apabila menerima Yesus secara peribadi dalam kehidupan mereka.


Secara keseluruhan, dapat saya simpulkan pengalaman ini sangat bermakna bagi saya kerana saya dapat merasakan lebih ramai lagi orang di luar sana rindu untuk mengenal Yesus dan siapa juruselamat mereka. Bukan itu sahaja, melalui program ini saya lebih bertumbuh dari segi rohani dan pemikiran saya untuk terus menyampaikan berita baik kepada orang sekeliling saya. Malah, saya sangat bersyukur kerana bertemu dengan semua orang melalui NextGen ini dan orang yang kami layani kerana mereka telah mengubah pemikiran saya untuk terus bertumbuh dalam Tuhan. Saya sangat diberkati dan saya mahu orang lain juga merasakan berkat ini bersama -sama. AMEN!

Recent Posts

See All
bottom of page