Shallom. Salam Damai Dalam Kasih Tuhan Yesus Kristus.
Puji Tuhan setelah Program I-Youth 2023 telah berlalu, ada banyak pengalaman, kisah dan cerita pertumbuhan rohani yang berlaku dalam diri saya. Gambar yang saya selitkan merupakan salah satu perkara yang telah membina peribadi, karakter serta rohani saya sepanjang melayani di SMK L, Sarawak.
Saya K2, pelajar dari USM, Penang sangat teruja untuk berkongsi tentang kasih Tuhan sepanjang saya melayani bersama team SMK L. Saya seorang yang takut berbicara di hadapan orang ramai, jika punya idea, saya lebih suka memendam dan saya juga mempunyai masalah sosial yang tinggi. Dan saya selalu merasa belum dipersiapkan dan apa yang saya ada belum cukup untuk dikongsikan kepada orang lain. Juga saya selalu merasa apa yang saya hadapi pada saat ini buatkan saya tidak layak untuk berkongsi kasih Tuhan kepada orang lain. Saya singkatkan, pengalaman yang saya alami sepanjang minggu I-Youth telah menghasilkan buah yang banyak terhadap diri saya, menyedarkan saya bahawa saya mempunyai potensi dan karakter yang saya sendiri belum lihat dan pernah perlihatkan kepada orang lain. Seperti pada hari UBK 1, saya berbicara tentang pengawalan emosi dan mental, jujur saya katakan, saya pada mulanya menolak untuk mengambil kesempatan ini kerana saya pernah mengalami situasi masalah mental hingga di tahap yang tidak baik.
Namun apa yang membuatkan saya berani untuk mengambil kesempatan ini adalah atas sebab kasih karunia Tuhan, sokongan team dan kemahuan sendiri untuk melihat ada perubahan dalam diri saya. Saya juga berkesempatan untuk berkongsi berita baik bersama anak-anak sekolah. Saya melihat keperluan program ini sangatlah baik untuk diteruskan dan dilakukan agar anak-anak ini tidak terjerumus dalam perkara yang tidak baik akibat daripada apa yang mereka lihat, apa yang teman mereka lakukan, disebabkan masalah daripada latar belakang dan apa yang mereka dengar di sekeliling mereka. Impak daripada program ini, walaupun hanya berlaku dalam seminggu, saya percaya benih yang kami tanam di tempat tersebut sedikit sebanyak telah membuka semangat dan pemikiran baru dikalangan anak-anak sekolah dan saya percaya Tuhan juga sudah mengambil alih tempat tersebut sebagai tanah miliknya. Apa yang saya sangat syukuri, pada tahun ini, saya berkesempatan melayani dalam program ini dan ini adalah satu kebangkitan dalam diri saya untuk menyahut lebih banyak panggilan daripada Tuhan pada masa akan datang. TQ. GBU.