top of page

Tuhan Sentiasa Di Sisi Kita


Saya amat terharu sepanjang Next Gen kerana saya berpeluang untuk merasakan pekerjaan Tuhan yang membimbing saya terutamanya semasa memberitakan tentang khabar baik kepada orang lain. Pada saat itu, saya memahami sungguh-sungguh erti berserah kepada Tuhan sepenuhnya lebih-lebih lagi saya diberikan peluang untuk memberitakan khabar baik dengan orang yang mempunyai masalah pendengaran dan pertuturan. Sepanjang kehidupan saya, berikut merupakan pengalaman pertama saya berjumpa dengan orang yang sedemikian. Saya bersyukur saya pernah belajar bahasa isyarat tetapi sayangnya saya sudah lupa. Saya mengambil inisiatif untuk mengimbas kembali belajar huruf A sehingga huruf Z dalam bahasa isyarat melalui Google. Syukur, saya dimampukan untuk berkomunikasi dengan orang tersebut. Pada saat itu, saya sedar bahawa campur tangan Tuhan dalam pelayanan saya.


-Chan Mei Siu-

Recent Posts

See All

Commentaires


bottom of page