top of page

TUHAN TETAP BEKERJA, WALAUPUN KITA TIDAK LIHAT!


Shalom! Saya Brender, dan ini ialah NextGen pertama saya. Sebelum ini, saya pernah sertai NextGen sebagai ‘homecomers’ atau peserta sahaja. Puji Tuhan, kali ini saya ikut serta sebagai salah satu crew!

Sepanjang tempoh Pra NextGen sampai NextGen, saya tertanya “Tuhan, apa yang Tuhan mau tunjuk kali ini?” Saya sangat teruja menanti-nantikan keajaiban apa yang akan saya saksikan kali ini. Tetapi, sampailah NextGen tamat, saya masih lagi tercari-cari “Di mana ya Tuhan bekerja? Bila ya? Adakah pelayanan kali ini saya pulang dengan tangan kosong?” Persoalan ini sempat membuat saya rasa bersalah dan saya fikir, saya belum cukup lakukan se‘maximum’ yang saya mampu. Sebab, ekspektasi saya adalah melihat sesuatu pekerjaan Tuhan yang jelas terjadi, yang boleh saya saksikan dengan mata saya sendiri.

Melayani anak muda sungguh satu kerinduan di hati saya. Di tempat pelayanan, keadaan anak muda disana jujur membuat hati saya hancur. Kebanyakan anak muda ini memang sangat nakal, sukar ditegur, dan bermasalah. Tapi, bukan hal-hal ini yang menyedihkan saya. Walaupun begitu, jauh didalam hati mereka sebenarnya haus akan kasih. Kasih dan perhatian yang mereka tidak perolehi dari keluarga, atau dari persekitaran mereka. Perasaan ‘imune’ dengan kekerasan yang membuat mereka tidak rasa dihargai, membuat mereka mencari perhatian dengan cara menimbulkan masalah (nakal), melibatkan diri dengan perkara-perkara yang tidak baik. Saya terfikir, bagaimana masa depan bangsa ini kalau generasi ini hancur? Bagaimana pemulihan dapat terjadi di tempat ini kalau tiada yang sanggup mendidik mengasihi generasi muda ini?

Satu perkataan yang sering saya dengar dari mereka bila saya tanya, apa yang mereka suka lakukan? “Saya suka healing!” Jelas ramai dalam kalangan anak muda ini mencari ketenangan, mencari damai dengan ‘healing’. Saat itu juga, saya tahu mereka sangat perlu mendengar tentang satu kasih yang mereka perlukan. Satu pengharapan yang dapat ditemukan, satu damai yang tidak ada di tempat lain iaitu hanya di dalam Yesus. Walaupun sesi UBK bukan satu sesi untuk menjangkau mereka melalui firman, tapi saya tahu pasti, bahawa Tuhan bekerja di dalam hati mereka melalui setiap perkongsian yang diberikan. Semasa sesi ISCF, saya kagum melihat sangat ramai yang menyerahkan hati mereka untuk Tuhan. Tangisan mereka, penyerahan mereka, saya tahu setiap hati yang rindu dan haus sedang dipenuhi.

Saya terkenang akan perkara ini apabila saya sudah di rumah ya! Terlalu banyak perkara yang saya pelajari, yang mungkin saya tidak akan saya lihat kalau saya tidak sertai pelayanan kali ini. Dan persoalan saya tentang di mana Tuhan bekerja? Tuhan memang bekerja di tempat yang saya tidak nampak. Iaitu, di dalam hati saya sendiri. Tuhan membentuk hati saya, mengubah karakter saya bahkan mengubah perspektif saya agar melihat setiap jiwa dengan kaca mata Yesus. Generasi ini untuk Yesus, dan generasi ini perlu kita!

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page