top of page

TUHAN YANG MEMANGGIL, TUHAN YANG MENGUATKAN



Terlebih dahulu, saya mengucap syukur kepada Tuhan kerana telah memberikan saya kesempatan untuk melayani anak-anak muda dalam program Next Gen: Awakening tahun ini.


Banyak yang telah saya perolehi dalam program ini, walaupun tidak dapat ikut dalam Pra-Next Gen namun saya diberi keberkatan untuk melayani anak muda di sekolah tersebut dengan hanya beberapa hari sahaja. Tidak lupa juga saya bersyukur kerana mempunyai team yang kuat semangat. Walaupun kami kurang bersedia tetapi dengan kuasa Tuhan kami mengatasinya dengan lancar. Kepada ahli-ahli kumpulan saya, terima kasih atas segalanya, walaupun saya terlewat untuk untuk mengikuti anda semua namun kalian semua menyambut dengan penuh senyuman. Saya pada mulanya tidak yakin namun hanya 1 hari bersama ahli kumpulan saya, Tuhan telah membuka hati saya untuk tetap percaya terhadap semuanya.


Banyak pergumulan yang saya hadapi selama ini tetapi saya tidak malu untuk berkongsi dengan ahli kumpulan saya. Puji Tuhan! Ahli kumpulan yang sedia mendengar saya banyak

memberikan semangat kepada saya. Tempat pelayanan saya sangatlah besar keperluannya, anak-anak di sana juga banyak pergumulannya. Berkat ajaran ahli kumpulan kami, mereka banyak memberikan komen yang positif. Saya berharap pada masa akan datang, saya dapat menyertai program ini lagi dengan kemuliaan Tuhan.

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page