top of page

TUHAN YANG MEMBUKA MATA



Syukur yang tidak terhingga kepada Tuhan kita Yesus Kristus yang sangat baik kerana pimpinan dan tuntunan-Nya saya dapat mengikuti NextGen untuk kali pertama. Walaupun sudah pernah mempelajari 4SL dan mengikuti mission trip di SM LY pada tahun 2015, 2016 dan 2017, namun kesempatan untuk menyertai Next Gen di Sarawak telah meningkatkan lagi pemahaman dan kreativiti dalam menyampaikan kepastian keselamatan terutamanya kepada golongan remaja. Walaupun mengalami masalah kesihatan akibat perubahan cuaca di tempat tinggal saya namun itu bukanlah menjadi halangan bagi saya untuk menerima input baru sepanjang sesi pembelajaran. Pada masa yang sama, saya juga bersyukur kerana berada dalam kumpulan yang semua ahlinya hebat dan luar biasa. Sebelum itu, saya sangat risau jika berada dalam kumpulan yang tidak membangun. Hal ini demikian kerana, sebelum ini saya pernah berada dalam kumpulan yang sedemikian. Namun Tuhan sangat baik, Dia membuka mata saya melihat bahawa lebih banyak lagi individu yang sangat membangun dan menguatkan. Sewaktu berada di SMK E, saya secara peribadi walaupun agak letih namun juga sangat gembira kerana dapat mengongsikan kebaikan Tuhan kepada pelajar di sekolah tersebut. Di samping itu, saya juga bersyukur kerana, pelajar di SMK E begitu terbuka hati menerima kedatangan kami. Malah mereka sangat menantikan aktiviti-aktiviti lain pada hari berikutnya. Mereka juga siap untuk menjadi agen yang membawa perubahan di sekolah mereka iaitu melalui inisiatif untuk berkongsi semula mengenai apa yang menjadi berkat dan teladan bagi mereka kepada rakan-rakan yang tidak sempat hadir. Bukan itu sahaja, mereka juga terbuka untuk menceritakan masalah mereka secara peribadi dan meminta nasihat bagaimana mengatasi masalah tersebut. Meskipun tidak berkesempatan dalam memberi talk, namun saya senang kerana berperanan dalam kumpulan kecil sehingga mengenali beberapa orang individu yang benar-benar memerlukan bimbingan dan sokongan doa. Saya secara peribadi lebih banyak memerhati ahli kumpulan saya menyampaikan talk. Sungguh saya sangat diberkati dan dibangunkan melalui cara penyampaian mereka yang kreatif dan sangat bersemangat.

Secara keseluruhannya, saya sangat bersyukur dan gembira atas kesempatan mengikuti aktiviti ini. Demikian juga saya bersyukur kerana Tuhan menegur dan mengajar saya secara tidak langsung melalui individu yang ada di sekitar saya sama ada peserta Nextgen ataupun bukan. Saya berharap pada tahun berikutnya, saya berpeluang lagi untuk mengikuti program remaja ini. SUNGGUH TUHAN KITA HEBAT DAN LUAR BIASA!!

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page