top of page

Waktu Tuhan


Saya Liana merupakan salah seorang peserta OAMT The Amazing Race 2023 yang diadakan oleh CLCUSM di bawah MCCC. Sesungguhnya, ini merupakan MT kedua di mana yang pertama kali adalah pada tahun 2020. Saya sangat mengucap syukur kepada Tuhan kerana memberikan saya peluang untuk menyertai MT kali ini. Ini juga merupakan kerinduan saya setelah sekian lama tidak mengikuti MT sejak berlakunya kes Covid-19. Saya juga merupakan salah seorang senior yang mengikuti MT kali ini sebelum saya memulakan LM saya pada hujung Mac ini.


Sejujurnya, saya tidak teragak-agak untuk mendaftarkan diri kerana ini merupakan peluang yang telah lama saya nantikan. Saya pula dipilih dalam kumpulan Atat (Ketua Kumpulan @ Team Leaders) dengan 15 orang ahli kumpulan. Saya pula telah diminta untuk menjadi Leader untuk Kumpulan Kecil iaitu Kumpulan C semasa kunjungan kasih ke rumah-rumah orang asli ini.


Saya belajar perkara baru di trip misi ini dengan kebanyakkan ahli kumpulan merupakan juniors dan kiranya saya kena memainkan peranan untuk menjadi role model mereka dan menjaga juniors ini. Puji Tuhan, juniors saya sebenarnya menjadi berkat kepada saya kerana dapat belajar dengan cara setiap orang yg berbeza ini. Malah, 15 orang ahli ini juga ibarat seperti keluarga sendiri dan kami membina hubungan akrab antara satu sama lain kerana saling bekerjasama, bantu-membantu dan saling menguatkan antara satu sama lain dalam meningkatkan lagi semangat kami dalam melayani Tuhan.



Saya dapat melihat bagaimana ahli kumpulan saya sungguh-sungguh melayani Tuhan meskipun 4 malam KKR dan program kami sangat padat bermula jam 9 pagi sehingga jam 10 malam. Malah, evaluasi dan makan malam hampir jam 12 tengah malam tetapi itu bukan penghalang kepada kami. Meskipun begitu, diri ini juga jatuh sakit pada hari-hari terakhir MT di mana sakit bahagian tekak dan batuk-batuk sehingga sukar untuk saya mengeluarkan suara tetapi puji Tuhan semua aktiviti dijalankan dengan baik. Malah berjaya PRC sehingga 375 orang di 6 buah kampung yang kami layani bersama. Sungguh luar biasa team ini dan Tuhan pakai setiap daripada kami dengan sangat baik. Saya berjaya menginjili seorang ibu ini di kampung orang asli dan kata-kata yang keluar dari mulut saya juga telah berjaya menawan hati ibu itu sehingga dari belum mengenal Tuhan kepada mengenal Tuhan dan melembutkan hati ibu itu. Sesungguhnya, air mata kesyukuran itu buat saya terharu akan pekerjaan Tuhan kerana sudah lama untuk ibu ini ingin menerima Tuhan Yesus dalam diri dia. Ini membuatkan saya bersyukur kepada Tuhan kerana dipakai Tuhan dengan cara yang luar biasa.


Kesimpulannya, percayalah rencana dan waktu Tuhan itu indah pada waktunya meskipun tidak seperti yang diingini tetapi pasti ada sesuatu indah di hujungnya nanti. Semoga lebih ramai yang mengenal Tuhan Yesus Kristus. Sekian, terima kasih.


Yesaya 30:18


Sebab itu Tuhan menanti-nantikan saatnya hendak menunjukkan kasih-Nya kepada kamu; sebab itu Ia bangkit hendak menyayangi kamu. Sebab Tuhan adalah Allah yang adil; berbahagialah semua orang yang menanti-nantikan Dia!

Recent Posts

See All

Comentarios


bottom of page